Rabu, 16 September 2015

PEMBANGUNAN NEGARA BAB 6




RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN


Secaraumumnya , sejarah perancangan pembangunan Negara boleh dibahagikan kepada 3 fasa utama iaitu:


  • Perancangan zaman sebelum merdeka
  • Perancangan zaman selepas merdeka
  • Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

MAKSUD PEMBANGUNAN

  • Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan tradisi. Biasanya pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju . Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik , sosial, pendidikan ,psikologidansebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal ,kebendaan dan bukan kebendaan.


  • Secara keseluruhannya , pembangunan ekonomi Negara yang seimbang menjadi  matlamat utama dalam penggubalan dasar pembangunanekonomi Negara sejak kemerdekaan sehingga kini. Selepas kemerdekaan , pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa rancangan pembangunan Negara untuk mengatasi segala masalah sosio ekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.


  • Pembangunan Negara Dirancang melalui dua rancangan utama , iaitu Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka , Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan dengan jayanya.





Ekonomi Malaysia Jatuh 



Perkembangan Ekonomi Negara









Tiada ulasan:

Catat Ulasan